Wednesday, June 17, 2009

pAnTuN kEkAsiH........

Bunga selasih sibunga sena
Disunting tetamu ke dalam saku
Wahai kekasih nun jauh di sana
Masihkah hatimu teringat padaku


Disunting tetamu ke dalam saku
Dipungut merata di dalam taman
Masihkah hatimu teringat padaku
Setulus cinta di awal pertemuan

Dipungut merata di dalam taman
Bunga yang dapat tiada bermadu
Setulus cinta di awal pertemuan
Janji diikat kasih dipadu

Bunga yang dapat tiada bermadu
disunting malam tiada pilihan
Janji diikat kasih dipadu
Bersaksikan alam ciptaan Tuhan

Disunting malam tiada pilihan
Tanpa bosan dan juga penat
Bersaksikan alam ciptaan Tuhan
Semoga ikatan semakin irat

Tanpa bosan dan juga penat
Bersama anak pergi bertapa
Semoga ikatan semakin irat
Biar banyak godaan menimpa

Bersama anak pergi bertapa
Akhirnya timbul salah erti
Biar banyak godaan menimpa
Janji tersimpul ikatan mati

Akhirnya timbul salah erti
Sehinggalah lalai yang diwajibkan
Janji tersimpul ikatan mati
Janganlah terurai di tengah jalan

Sehinggalah lalai yang diwajibkan
Amalan salah jauhlah dipinta
Janganlah terurai di tengah jalan
Kelak menitislah si air mata

Amalan salah jauhlah dipinta
Biar yang mulia diamal bersama
Kelak menitislah si air mata
Kerana bahagia tidak menjelma

Biarlah yang mulia diamal bersama
Fikiran yang lapang hajat terlaksana
Kerana bahagia tidak menjelma
Segala dipandang tiada bermakna

Fikiran yang lapang hajat terlaksana
Sepertilah mana resamnya padi
Segala dipandang tiada bermakna
Janganlah ianya akan terjadi

Sepertilah mana resamnnya padi
Dipandang mulia tanpa dipinta
Janganlah ianya akan terjadi
Biarlah bahagia hubungan kita

Dipandang mulia tanpa dipinta
Semakin berisi tunduknya nyata
Biarlah bahagia hubungan kita
Dekat di hati berjauhan di mata

Semakin berisi tunduknya nyata
Hasilnya bersama menambah rezeki
Dekat di hati berjauhan di mata
Bersamalah berdoa ke hadrat Ilahi


yana suka sgt bce pantun2 ni,hehehhe.......leh hiburkn ht y lara....
sbnrye ni bkn yana y reka.....yana amik ngan kwn yana......
yana ni bkn leh tgk......klu2 pantun ke,kata2 ke,doa ke,y best2 mula r nk msk kn dlm blog
bkn ape jz nk memenuhkn blog ni je......hik3....
klu nk hrpkn yana y reka,berthn r menunggu ye.....hahahhaa
tp 1 ari nt yana nk reka r....hehehee,tp bila ek....tgguuuuuuuuuuuuu
ngeh3...............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.